Monday, November 29, 2010

~Jodoh ku...~

~~Petikan ni ana amik dri salah seorang sahabat ana~~

Assalammu'alaikum........

Apa kabar Jodohku? Baik-baik saja kan? Berat rasanya kantung mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu slalu terbangun disepertiga malam? Dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam itu?

Jujur aku rindu kamu....Jodohku...

Tapi saat ini belum masanya untuk kita bertemu, bukannya aku tidak mahu, atau aku tidak rindu, tapi memang kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajiban yg harus kita penuhi sayang..,,Terkadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku?? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya??

Berat hati ini menantimu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau slalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan dan amal soleh? Dan apakah nanti saat Dzuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadap-Nya?

Jodohku...sehatkah kamu?

Kalau saja aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang dan memberi sepenuh perhatianku untuk menjagamu…

Sabar dan tenanglah wahai Jodohku...

Aku disini masih bersabar menantimu. Pada masa ini, hatimu tidak terluka kan? tersenyumlah... kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu bersama kita. Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, ambilah air wudhu’, dan dekatkanlah diri kepada-Nya. Aku disini berharap agar kau baik-baik saja..

Hmm....

Waktu ini memang terasa lama buatku.,tapi aku yakin,nanti kau pasti hadir menyapaku dan mengajakku untuk melakukan shalat fardhu. Dan sering juga kau akan menanyakan.. " Sudah shalatkah kau sayang?"

Jodohku...aku rindu..

bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat-nasihatmu. Hati ini kosong...dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang akan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku...

apa kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Qur'an mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isya'? Aku sedia mendengarnya…mendengar rintihanmu dan begitu juga dengan keluh kesahmu,aku siap berbagi masaku sayang...

Perubahan apa yg kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin membaikah? Tak kau sentuh kan hal-hal yg dilarang agama?

Aku berharap seperti itu...wahai Jodohku....

disetiap langkahku dan seusai shalatku..

ku titipkan Doa untukmu,agar kau slalu berada dijalan-Nya..

Sabar ya sayang, walaupun lama bagiku, akanku tunggumu..Jodohku

Jangan sampai kau salah jalan ya sayang..Salam rindu pula untuk orang tuamu, baik-baikah mereka? Masihkah kau jaga mereka dengan kasih sayangmu? Dan sudahkah kau bersyukur??

Sayang...

nantikan aku, dengan berbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus dan kerana-Nya yang menciptamu dengan sesempurna kejadian...

Jodohku...

bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku...dan membetulkanku dikala aku salah. Sayang... berusahalah! Kita pasti akan berjaya! Bahagiakan orang tuamu...dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu..

Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang sesuai untuk memimpin ganerasi yang akan kita bina kelak..

Jgn pernah merasa sepi..

karna aku disini masih setia menantimu, dan disini aku masih setia menjaga kehormatanku.

Sayang...

kalau siang sudah berlalu..pejamkan matamu dengan buaian do'a, wudhu’ dan zikir, begitu juga ucap do'a dariku selalu menyertaimu...wahai Jodohku

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin...

Jodohku...

Tak terasa kata-kata ini telah banyak ku ungkapkan diatas layar skrin ini, yg memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu.,

Ingatlah sayang...

Aku slalu ada untukmu...

Untuk itu jgn pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Hmm...semoga kerinduanku ini akan terjawab dan termaqbol, seiring berjalannya waktu.

YA ALLAH, semoga aku dipertemukan dengan Jodohku yang ku nanti-nantikan selama ini..

Salam hormat dan sayangku untukmu......

Wahai "JODOHKU"......

Wassalammu'alaikum.........




Saturday, November 13, 2010

~~Usah Risau Jika Belum Berpunya~~

Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".



Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.



Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.



Oh,remaja!



Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.



Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.



Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.



Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.



Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.



Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!



Ingat,usaha yang Allah redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?



Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.



Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.



Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.