Wednesday, April 18, 2012

Wanita SolEHAH

Wanita Solehah,
penghibur hati wanita solehahsentiasa tenang jiwanya..
Lantaran sentiasa mmebesarkan Allah dalam solatnya
Dan sunnah RasuluLlah menjadi jalan hidupnya
KalamuLlah adalah akhbar dan hiburan
Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan.
Sumber jiwanya beroleh kekuatan
Agar sabar merintangi musibah
Istiqamah dalam mujahadah
Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah.
Jiwanya damai, tidak mudah bergoncang
Ujian hidup baginya fitrah
Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah.
Salah satu antara dua:
Tanda kasih sayang Allah atau penghapus dosa
yang meningkatkan iman.
Berwaspada dengan firman Allah:
“Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir-Ku,
tidak sabar terhadap cubaan-Ku dan tidak bersyukur terhadap
nikmat pemberian-Ku, maka carilah Tuhan selain Aku.”
Berkhalwah pasrah di hujung malam
Munajatnya adalah bicara cinta.
Rintihan dan pengaduan adalah bait puitis
Tidak pernah merelakan dirinya hanyut dibuai perasaan
Gelodak rasanya tidak mudah dituruti.
Dia insaf..
Hiburan yang tidak membimbing jiwa
ke arah cinta keTuhanan adalah
Pembohongan dan sia-sia
Ketenangan yang diilhamkan hanyalah sementara
Sentuhan iramanya tidakkan mampu memecahkan masalah.
Gemerlap sinarnya tidakkan menyuluh jalan keluar.
Bahkan jiwanya yang sakit akan semakin parah.
Tusukan asyiknya adalah jarum-jarum syaitan
mata hati akan buta, kaburlah hikmah yang tersurat
Tidakkan nampak jalan akhirat
Inilah yang paling ditakuti dan sentiasa diawasinya!
Maka kepada Allah lah dipanjatkan segala pengaduan
Dan Dialah sebaik-baik tempat pergantungan
Seperti yang dinukilkan dalam firman Allah:
“Apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,
Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah
Kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Al Baqarah : 156-157)
Inilah wanita solehah
yang tidak akan membiarkan dirinya
menjadi busar panahan syaitan
diperalatkan untuk mengumpan kaum adam.
Memandangnya menyejukkan mata
Dirinya yang tenteram memberikan hiburan
Kiranya ianya seorang isteri,
Keperibadiannya akan menghibur suami.
Seperti yang diungkap oleh pujangga sufi,
“Rumahtangga menjadi gelanggang dan kebanggaan.
Anak-anak menjadi murid
dialah mursyidnya.
Harta suaminya dijaga dengan sempurna
Dilepaskan suami berjuang dengan rela dan bangga
Dirumah dan di luar
maruahnya sentiasa dijaga.
Sentiasa menguntum senyum di hadapan suami.
Sanggup hidup berdua
Mati bersama.
Lantaran mengharap keredhaan Allah semata-mata.
Memadai dengan apa yang ada
Tidak pernah menuntut apa yang tiada
Menjadi tulang belakang perjuangan suami.
Sehingga menjadi sumber kekuatan jiwa suami
dalam menegakkan Jihadnya.
Natijahnya : Lahirlah jiwa sakinah bernafsu mutmainnah
Dan mendapat alu-aluan Allah:
“Kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.”
(Surah Al-Fajr :27)
Wallahu a’lam.

"

Mengubah cara berfikir

KEJAYAAN seseorang itu sebenarnya dicipta bergantung bagaimana cara kita berfikir dan melakukan apa yang terbaik. Minda (akal) perlu dibuka untuk perkara baru dan bersedia melakukan perkara luar biasa untuk kejayaan luar biasa.

Kita adalah apa yang kita fikirkan tentang diri kita.

Kata seorang pujangga: “Orang yang berminda kecil membicarakan mengenai orang lain; orang yang berminda sederhana membicarakan mengenai peristiwa dan kejadian; dan orang yang berminda besar membicarakan mengenai idea dan keilmuan.”

Orang yang berminda kecil sebenarnya kurang menggunakan minda. Dia lebih kerap melakukan perkara rutin dan menerima apa sahaja apa yang dikatakan orang lain. Mereka tidak mahu berfikir lebih daripada itu dengan alasan tidak mahu ‘penat’ berfikir. Biarlah orang lain fikirkan.

Sikap berminda kecil menjadi punca kepada kegagalan. Mereka tidak menggunakan potensi diri yang ada pada setiap orang. Mereka tidak memahami 'modal diri' yang dimiliki untuk meraih keuntungan hidup.

Sesungguhnya, harga kehidupan tidak akan berubah lebih baik jika tidak mahu menggunakan minda. Keinginan melakukan sesuatu lebih baik tercetus sekiranya minda digunakan.

Kelebihan manusia berbanding haiwan ialah kerana manusia mempunyai minda. Manusia yang tidak menggunakan minda mempersia-siakan anugerah paling besar itu. Mereka tidak layak untuk menikmati kejayaan dan kebahagiaan hidup sebenar.

Minda yang jumud dan beku mengurangkan fungsi minda. Hal itu samalah seperti kita menentukan had sempadan penggunaan minda. Sedangkan minda sebenarnya mampu berfikir tanpa had sempadan. Pergerakan berfikir berbentuk rawak yang tidak ada satu garisan khusus.

Kemampuan minda seseorang berbeza antara satu sama lain. Inilah memberi kelebihan apabila dilakukan percambahan minda melibatkan banyak individu. Gagasan minda yang digabungkan membawa kepada satu kekuatan minda yang terbaik.

Belajarlah berfikir secara minda terbuka. Minda yang terbuka dapat membezakan antara betul dan salah, mencipta kemajuan dan bergerak ke arah lebih baik. Dengan cara itu juga mampu membudayakan pemikiran yang kritis.

Umumnya semua orang mahu menikmati kehidupan lebih baik, meneroka bakat dan potensi diri. Tetapi, disebabkan mengamalkan cara berfikir yang negatif, menyebabkan banyak sempadan diri wujud. Kita sendiri mengatakan ini tidak boleh dan itu tidak mungkin.


Sesungguhnya, permulaan kejayaan ialah apabila kita berfikir tentang kejayaan. Permulaan untuk berubah ialah berubahnya cara berfikir. Sebab itu pentingnya mengamalkan pemikiran berasaskan intelektual.