Wednesday, April 18, 2012

Wanita SolEHAH

Wanita Solehah,
penghibur hati wanita solehahsentiasa tenang jiwanya..
Lantaran sentiasa mmebesarkan Allah dalam solatnya
Dan sunnah RasuluLlah menjadi jalan hidupnya
KalamuLlah adalah akhbar dan hiburan
Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan.
Sumber jiwanya beroleh kekuatan
Agar sabar merintangi musibah
Istiqamah dalam mujahadah
Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah.
Jiwanya damai, tidak mudah bergoncang
Ujian hidup baginya fitrah
Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah.
Salah satu antara dua:
Tanda kasih sayang Allah atau penghapus dosa
yang meningkatkan iman.
Berwaspada dengan firman Allah:
“Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir-Ku,
tidak sabar terhadap cubaan-Ku dan tidak bersyukur terhadap
nikmat pemberian-Ku, maka carilah Tuhan selain Aku.”
Berkhalwah pasrah di hujung malam
Munajatnya adalah bicara cinta.
Rintihan dan pengaduan adalah bait puitis
Tidak pernah merelakan dirinya hanyut dibuai perasaan
Gelodak rasanya tidak mudah dituruti.
Dia insaf..
Hiburan yang tidak membimbing jiwa
ke arah cinta keTuhanan adalah
Pembohongan dan sia-sia
Ketenangan yang diilhamkan hanyalah sementara
Sentuhan iramanya tidakkan mampu memecahkan masalah.
Gemerlap sinarnya tidakkan menyuluh jalan keluar.
Bahkan jiwanya yang sakit akan semakin parah.
Tusukan asyiknya adalah jarum-jarum syaitan
mata hati akan buta, kaburlah hikmah yang tersurat
Tidakkan nampak jalan akhirat
Inilah yang paling ditakuti dan sentiasa diawasinya!
Maka kepada Allah lah dipanjatkan segala pengaduan
Dan Dialah sebaik-baik tempat pergantungan
Seperti yang dinukilkan dalam firman Allah:
“Apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,
Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah
Kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Al Baqarah : 156-157)
Inilah wanita solehah
yang tidak akan membiarkan dirinya
menjadi busar panahan syaitan
diperalatkan untuk mengumpan kaum adam.
Memandangnya menyejukkan mata
Dirinya yang tenteram memberikan hiburan
Kiranya ianya seorang isteri,
Keperibadiannya akan menghibur suami.
Seperti yang diungkap oleh pujangga sufi,
“Rumahtangga menjadi gelanggang dan kebanggaan.
Anak-anak menjadi murid
dialah mursyidnya.
Harta suaminya dijaga dengan sempurna
Dilepaskan suami berjuang dengan rela dan bangga
Dirumah dan di luar
maruahnya sentiasa dijaga.
Sentiasa menguntum senyum di hadapan suami.
Sanggup hidup berdua
Mati bersama.
Lantaran mengharap keredhaan Allah semata-mata.
Memadai dengan apa yang ada
Tidak pernah menuntut apa yang tiada
Menjadi tulang belakang perjuangan suami.
Sehingga menjadi sumber kekuatan jiwa suami
dalam menegakkan Jihadnya.
Natijahnya : Lahirlah jiwa sakinah bernafsu mutmainnah
Dan mendapat alu-aluan Allah:
“Kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.”
(Surah Al-Fajr :27)
Wallahu a’lam.

"

Mengubah cara berfikir

KEJAYAAN seseorang itu sebenarnya dicipta bergantung bagaimana cara kita berfikir dan melakukan apa yang terbaik. Minda (akal) perlu dibuka untuk perkara baru dan bersedia melakukan perkara luar biasa untuk kejayaan luar biasa.

Kita adalah apa yang kita fikirkan tentang diri kita.

Kata seorang pujangga: “Orang yang berminda kecil membicarakan mengenai orang lain; orang yang berminda sederhana membicarakan mengenai peristiwa dan kejadian; dan orang yang berminda besar membicarakan mengenai idea dan keilmuan.”

Orang yang berminda kecil sebenarnya kurang menggunakan minda. Dia lebih kerap melakukan perkara rutin dan menerima apa sahaja apa yang dikatakan orang lain. Mereka tidak mahu berfikir lebih daripada itu dengan alasan tidak mahu ‘penat’ berfikir. Biarlah orang lain fikirkan.

Sikap berminda kecil menjadi punca kepada kegagalan. Mereka tidak menggunakan potensi diri yang ada pada setiap orang. Mereka tidak memahami 'modal diri' yang dimiliki untuk meraih keuntungan hidup.

Sesungguhnya, harga kehidupan tidak akan berubah lebih baik jika tidak mahu menggunakan minda. Keinginan melakukan sesuatu lebih baik tercetus sekiranya minda digunakan.

Kelebihan manusia berbanding haiwan ialah kerana manusia mempunyai minda. Manusia yang tidak menggunakan minda mempersia-siakan anugerah paling besar itu. Mereka tidak layak untuk menikmati kejayaan dan kebahagiaan hidup sebenar.

Minda yang jumud dan beku mengurangkan fungsi minda. Hal itu samalah seperti kita menentukan had sempadan penggunaan minda. Sedangkan minda sebenarnya mampu berfikir tanpa had sempadan. Pergerakan berfikir berbentuk rawak yang tidak ada satu garisan khusus.

Kemampuan minda seseorang berbeza antara satu sama lain. Inilah memberi kelebihan apabila dilakukan percambahan minda melibatkan banyak individu. Gagasan minda yang digabungkan membawa kepada satu kekuatan minda yang terbaik.

Belajarlah berfikir secara minda terbuka. Minda yang terbuka dapat membezakan antara betul dan salah, mencipta kemajuan dan bergerak ke arah lebih baik. Dengan cara itu juga mampu membudayakan pemikiran yang kritis.

Umumnya semua orang mahu menikmati kehidupan lebih baik, meneroka bakat dan potensi diri. Tetapi, disebabkan mengamalkan cara berfikir yang negatif, menyebabkan banyak sempadan diri wujud. Kita sendiri mengatakan ini tidak boleh dan itu tidak mungkin.


Sesungguhnya, permulaan kejayaan ialah apabila kita berfikir tentang kejayaan. Permulaan untuk berubah ialah berubahnya cara berfikir. Sebab itu pentingnya mengamalkan pemikiran berasaskan intelektual.

Monday, March 12, 2012

~ Penyatuan Dua Hati~









SubhanALLAH Maha Suci ALLAH yang menjadikan setiap manusia berpasang-pasangan...
Alhamdulillah.. pada 10 mac 2012 termeterailah ikatan pertunangan kita berdua...
Alhamdulillah.. semuanya berjalan dgn lancar...^_^ Hari yang sungguh bermakna dalam hidup.... walau x berapa ramai yang hadir tapi tetap meriah... Alhamd
ulillah.. syukur kepada Tuhan Pencipta Alam yang Maha Pengasih & Penyayang.... ^_^ teringat kata2 salah seorang sahabat berpesan, " kalau boleh... masa tunang 2 lebih kan lah pada

bersederhana dari pembaziran, maksudnya.. kalau boleh x perlu lah pelamin ke baju pengantin... pakai jubah tudung n selendang pun da ok da... cantik
da... " Huhu... Alhamdulillah majlis yang berlangsung tidak kepda pembaziran cukup sekadar meraikan para tetamu yang hadir... Jamuan yang ada pun dimasak sendiri... walau pada mula2 nya emak nak tempah catering kawan along... tapi dengan sebab2 yang tertentu


x jadi .... Tapi diri sendiri memang lebih suka emak sendiri yang masak.. bukan apa... emak punya masakan memang tiada bandingannya... 5 star... huhuhu... Biarlah org nak kata pun... tapi memang sedap... huhu... tunang saya pun suka masakan emak.... Alhamdulillah..^_^




huhuhu


Perancangan ikatan pertunangan pada mulanya dirancang pada 11 mac hari ahad... Tapi atas sebab2 yang x mengizinkan... Majlis dibuat pada hari Sabtu 10 mac 2012.... Syukur yang x terhingga pada ALLAH s.w.t yang mengizinkan ikatan pertunangan ini.... ^_^

Majlis bermula lebih kurang pada jam 2.30 petang... Alhamd

ulillah... Suasana yang tidak terlalu panas dan tidak pula m
endung.... rombongan dari pihak lelaki sampai .... yang diwakili oleh Paklong, Maklong, Sepupu dan isteri serta anak2 dan adik2 tunang ku..... Alhamdulillah
... rombongan lelaki membawa 5 dulang dan pihak perempuan membalas 7 dulang.... diantaranya dari lelaki sirih jungjung, kek, baju, coklat, dan buah-buah.. dari pihak perempuan.... Sirih jungjung, kek, baju, sampin, buah-buahan dan coklat, dan tuala.... Alhamdulillah.... semuanya cantik2.... =) kata tunang ku... nan
ti waktu majlis pernikahan hantarannya di tambah lagi... walau berbeza adat... seorang dr johor dan seorang dr kedah.. tapi adat x mengatasi agama... Agama didahulukan... =)..

Majlis di mulakan dengan majlis merisik dan berbincang mengenai wang hantaran dan majlis perkahwinan..... selepas kedua2 pihak setuju... maka berlansu
ng pula majlis pertunangan.... diri menanti dibilik.... Maklong masuk ke bilik untuk menyarungkan cincin... merisik di kiri dan bertunang di kanan... Alhamdulilah.. semuanya berjalan dengan lancar... Perasaan serta merta bertukar terdetik berkata" begini rupanya perasaan orang bertunang"... Huhu..

Apa itu Khitbah atau tunang?? Jom kita fahaminya...

"Khitbah atau bertunang" adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj nikah atau kahwin . Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya??? Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.

"Khitbah" bererti "bertunang". "Tafsiran" lafaz atau perkataan "bertunang" ini berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Dan kemungkinan berbeza juga di antara beberapa tempat, adat, suasana serta kawasan-kawasan di dalam negara masing-masing. Contohnya di dalam Indonesia, tafsiran "bertunang" di Medan dan Jakarta berbeza. Di dalam Thailand, tafsiran "bertunang" di Bangkok dan Pattani berbeza. Begitulah seterusnya di tempat-tempat lain.

"Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar" ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.

"Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).

"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.


Alhamdulillah selapas selesai cincin di sarungkan maka sesi pertukaran hantaran dari pihak lelaki dan perempuan... selepas itu, sesi bergambar... Alhamdulillah.... semua nya teratur seperti yang dirancang... Terima kasih ya ALLAH.... Thank You ALLAH ... syukur ALHAMDULILLAH....

Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syara' asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah. Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis. Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syara' adalah diharuskan oleh syara' dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.

Ya ALLAH satukanlah kami dalam Rahmat & Redha Mu Ya ALLAH... Jadikan Ikatan yang terbentuk ini Membolehkan Kami Lebih dekat kepadamu... Jadikan hati kami sentiasa mengingatimu dalam senang dan susah..

Ya ALLAH jadikan Hubungan kami ini sentiasa dalam Kebahagian dan gembira yang dalam nya sentiasa tawadhuk sentiasa mengingatimu... Jadikan Kami pasangan yang sentiasa dijalan mu... sentiasa membawa ke jalan kebenaran...

Ya ALLAH jadikan kami pasangan yang boleh menyuruh kepada ma'ruf dan Melarang perkara yang mungkar.. jadikan kami sentiasa berpesan-pesan pada kebenaran dan saling menasihati... Jadikan hubungan kami ini bahagia hingga ke syurga....

Ya ALLAH... Permudahkanlah segala Urusan kami.. layarkanlah hati kami sentiasa dalam Jalan yang diredhaimu ya ALLAH.... Perteguhkan Iman Kami... Kuatkan lah kami dalam menjalani ujian mu... Redhailah kami ya ALLAH...

Ya ALLAH jadikan kami bersama-sama dalam susah dan senang... jadikan kami saling memahami dan saling bantu membantu dalam agamamu ya ALLAH...

Buat Tunang Tersayang jadikan diriku Bidadari mu di dunia dan Akhirat.... Didik lah diriku... ke jalan keredhaan ILLAHi... agar kita bahagia dunia dan akhirat... Agama mu amat bermakna buatku.... Persatukan kami dalam redha dan kasih sayang mu ya ALLAH... diriku menyanyangimu kerana ALLAH s.w.t....